Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

KETUA KOMUNIKASI KORPORAT PDRM TERIMA KUNJUNGAN HORMAT

Kuala Lumpur, 27 Februari 2019 – Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), SAC Dato' Asmawati Ahmad telah menerima kunjungan hormat daripada Pengurus Besar KOP Travel & Tours Sdn. Bhd., Puan Noor Ashikin Abdullah dan Ketua Kewangan dan Pentadbiran KOP Mantap Berhad, Tuan Haji Nor Izmin Hasbullah di Bilik Mesyuarat Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), di sini, pagi tadi.

Selain bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara kedua-dua agensi, Dato' Asmawati turut diberi taklimat mengenai pakej umrah yang ditawarkan oleh KOP Travel Sdn. Bhd. kepada warga PDRM khasnya ahli koperasi.

Menurut Puan Noor Ashikin, pihaknya turut menawarkan pembiayaan penuh dan kelulusan segera berdasarkan pakej-pakej menarik kepada ahli-ahli koperasi berdaftar yang ingin menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci.

Kunjungan yang berlangsung hampir satu jam tadi turut dihadiri oleh Superintendan Komunikasi Korporat PDRM, Superintendan Skandaguru Anandan dan ketua-ketua unit dalam Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat).

Image may contain: 7 people, people smiling, people standing
Bergambar kenangan bersama Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), SAC Dato' Asmawati Ahmad.

Image may contain: 1 person, sitting, eating, indoor and food
Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), SAC Dato' Asmawati Ahmad.

Image may contain: 1 person
Pengurus Besar KOP Travel & Tours Sdn. Bhd., Puan Noor Ashikin Abdullah.

Image may contain: 1 person, sitting, eating and food
Ketua Kewangan & Pentadbiran KOP Mantap Berhad, Tuan Haji Nor Izmin Hasbullah.

Image may contain: 6 people, people sitting, people eating and table
Sekitar sesi kunjungan hormat.

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing
Penyampaian cenderahati oleh Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), SAC Dato' Asmawati Ahmad kepada Pengurus Besar KOP Travel & Tours Sdn. Bhd., Puan Noor Ashikin Abdullah dan Ketua Kewangan dan Pentadbiran KOP Mantap Berhad, Tuan Haji Nor Izmin Hasbullah.

No photo description available.
Antara pakej-pakej umrah menarik yang ditawarkan oleh KOP Travel Sdn. Bhd.

No photo description available.
Antara pakej-pakej umrah menarik yang ditawarkan oleh KOP Travel Sdn. Bhd.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS