Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

POLIS RAMPAS DADAH BERNILAI LEBIH RM280 RIBU, TAHAN DUA LELAKI

Polis merampas pelbagai jenis dadah seberat 13.323 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai kira-kira RM280,212 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Sialang, Tangkak, Johor, pada 24 Februari lalu.

Ketika serbuan, polis mendapati dua lelaki warga tempatan berusia 35 dan 36 tahun berada dalam rumah berkenaan. Bagaimanapun, pemeriksaan di dalam rumah tidak menemui barang yang menyalahi undang-undang.

Pihak polis kemudian membuat pemeriksaan terhadap dua buah kenderaan dan menemui pelbagai jenis dadah serta wang tunai dipercayai hasil jualan dadah sebanyak RM3,449.

Rampasan dadah termasuk heroin seberat 9.3607 kg; syabu (1.4623 kg); kafein (0.9656 kg); pil ecstasy (670 biji) dan pil eramin 5 sebanyak 4,200 biji.

Ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah dan juga memiliki tujuh rekod lampau berkaitan dadah dan seorang daripadanya turut memiliki satu rekod berkaitan jenayah.

Kedua-dua suspek kini direman selama seminggu hingga 3 Mac 2019 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Keratan akhbar: Berita Harian

Image may contain: 4 people

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS