Kuala Lumpur, 21 Mac 2018 - Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena sambutan peringatan Hari Polis ke-212 yang bakal disambut Isnin depan telah diadakan secara serentak di masjid seluruh kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin bersama lebih 700 warga PDRM sekitar Bukit Aman dan Lembah Klang turut hadir mengimarahkan majlis yang diadakan di Masjid Bukit Aman, dekat sini.
Majlis yang dipimpin oleh Penolong Pengarah (Agama) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, ACP Haji Ghazali Haji Daud turut dihadiri oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun, Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, CP Dato’ Seri Abdul Hamid Bador dan barisan Pengarah PDRM.
Pada tengahari esok, Tan Sri Muhyiddin dan barisan pucuk pimpinan PDRM dijangka akan menunaikan solat fardhu Jumaat serta mendengar khutbah khas sempena sambutan Hari Polis tahun 2019 di Masjid Salehin, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini.

Ketibaan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun di Masjid Bukit Aman.

Ketibaan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin di Masjid Bukit Aman.

Sekitar Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena sambutan peringatan Hari Polis ke-212 berlangsung.