Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

HARI POLIS KE-212: KHUTBAH JUMAAT KHAS SERU MASYARAKAT HIDUP AMAN DAN HARMONI

Kuala Lumpur, 22 Mac 2019 - Masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia perlu bersatu padu untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan yang telah dikecapi sejak sekian lama.

Penolong Pengarah (Agama) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, ACP Haji Ghazali Daud berkata, memelihara keamanan dan kedamaian adalah sebahagian daripada tujuan penciptaan manusia sebagaimana yang telah dianjurkan dalam ajaran agama Islam.

“Kewujudan pelbagai agama, kaum dan bangsa tidak pernah menjadi penghalang untuk kita hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

“Pelbagai kaum dan bangsa serta keturunan dengan pegangan agama masing-masing dapat membentuk masyarakat yang saling bertolak ansur, sebagaimana yang disebut dalam surah Al-Hujrat ayat 13,” katanya ketika membaca khutbah khas Solat Fardhu Jumaat bertajuk ‘Islam Agama Keamanan’ sempena sambutan peringatan Hari Polis ke-212 yang bakal disambut 25 Mac ini.

Dalam masa sama, ACP Haji Ghazali berkata, mimbar Jumaat menghargai jasa dan pengorbanan anggota keselamatan khasnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berusaha dalam memastikan keamanan dan kedamaian sentiasa terpelihara dalam negara.

“Semoga sambutan Hari Polis ini akan lebih memberikan semangat dan kesiapsiagaan para anggota keselamatan untuk terus berbakti kepada masyarakat dan tanah air,” katanya.

Solat Jumaat di Masjid Salehin, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur hari ini dihadiri lebih kurang 1,000 warga PDRM di peringkat Bukit Aman dan sekitar Lembah Klang serta para pelatih yang sedang menjalani latihan.

Turut diadakan tadi, solat jenazah ghaib bagi mangsa-mangsa serangan ganas tembakan di dua masjid di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac lalu, yang dipimpin oleh Ustaz Haji Muhammad Ariff Haji Mohd Rajoli.

Yang turut hadir, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri, Datuk Zainal Abidin Abu Hassan, Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, CP Dato’ Seri Abdul Hamid Bador, barisan Pengarah PDRM dan Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, SAC Shamsuddin Mat.

Image may contain: 7 people, people standing
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri, Datuk Zainal Abidin Abu Hassan bersama Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, CP Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menunaikan solat sunat sebelum khutbah jumaat.

Image may contain: 6 people, people standing
Sekitar solat jenazah ghaib bagi mangsa-mangsa serangan ganas tembakan di dua masjid di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac lalu, yang dipimpin oleh Ustaz Haji Muhammad Ariff Haji Mohd Rajoli.

Image may contain: 12 people, people standing
Sekitar solat jenazah ghaib bagi mangsa-mangsa serangan ganas tembakan di dua masjid di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac lalu, yang dipimpin oleh Ustaz Haji Muhammad Ariff Haji Mohd Rajoli.

Image may contain: 2 people, people smiling
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun dan Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri, Datuk Zainal Abidin Abu Hassan beramah mesra bersama pelatih PULAPOL Kuala Lumpur.

Image may contain: 5 people, indoor
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun dan Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri, Datuk Zainal Abidin Abu Hassan beramah mesra bersama pelatih PULAPOL Kuala Lumpur.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS