Kuala Lumpur, 22 Mac 2019 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Vice President, Group Health, Safety, Security & Environment (GHSSE) Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Dzafri Sham Ahmad di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sebentar tadi.
Kunjungan hormat tersebut adalah bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim kedua-dua pihak seterusnya bertukar pandangan berkaitan isu-isu semasa di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan PETRONAS.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, CP Dato’ Sri Rosli AB Rahman, Ketua Urus Setia KPN, DCP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Datuk Mazli Mazlan dan Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (Operasi), DCP Dato’ Fisol Salleh

Bergambar kenangan.

Sekitar kunjungan hormat berlangsung.

Sekitar kunjungan hormat berlangsung.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun menyampaikan cenderahati kepada Vice President, Group Health, Safety, Security & Environment (GHSSE) Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Dzafri Sham Ahmad.