Ipoh, 26 April 2019 - Seramai 19 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berjaya menamatkan Kursus Pengendalian dan Pengoperasian Small Unmanned Aircraft System (sUAS) bagi siri 1/2019 diraikan dalam sebuah majlis yang diadakan di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PGU), dekat sini, pagi tadi.
Kursus yang berlangsung selama 12 hari bermula dari 15 April lalu dianjurkan oleh Unit Dron PGU Bukit Aman bertujuan mendedahkan peserta kepada pengetahuan am penerbangan, peraturan-peraturan dan undang-undang yang berkaitan terutamanya melibatkan dron.
Timbalan Komander (Operasi) PGU Bukit Aman, ACP Noor Sham Md Jani dalam ucapan perasmian penutupan mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan kursus tersebut.
“Kemahiran dan pengetahuan yang anda semua perolehi sepanjang kursus ini diharap dapat dimanfaat sebaiknya terutamanya ketika menggalas tanggungjawab sebagai operator dron di formasi masing-masing”, tambah beliau lagi.
Seiring dengan teknologi masa kini, PDRM juga sedang memaksimumkan keupayaan dron terutamanya dalam membantu penugasan operasi-operasi melibatkan perisikan, pengawasan, peninjauan udara dan penyiasatan.
Kursus ini diselia oleh Ketua Unit Dron PDRM merangkap ketua penyelaras dan tenaga pengajar, DSP Rasha Azaldin Shafii dibantu ASP Teknikal Dron, ASP Wee Beng Chuat bersama jurulatih-jurulatih akademik Pangkalan Latihan PGU Ipoh dan anggota Unit Dron PGU PDRM.

Para peserta bergambar kenangan bersama Timbalan Komander (Operasi) PGU Bukit Aman, ACP Noor Sham Md Jani.

Bergambar kenangan.

Antara peralatan dron yang digunakan sesi pembelajaran fasa penerbangan peserta kursus sUAS.

Antara peralatan dron yang digunakan sesi pembelajaran fasa penerbangan peserta kursus sUAS.

Antara peralatan dron yang digunakan sesi pembelajaran fasa penerbangan peserta kursus sUAS.