Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI SANTUNI WARGA PDRM DAN PERKEP

Kuala Lumpur, 27 Mei 2019 – Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) telah menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Tuan Fahmi Fadzil dalam Majlis Iftar MyCommunity@Care yang diadakan di Masjid Bukit Aman, di sini, hari ini. 

Majlis anjuran bersama PERKEP Malaysia, Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Skuad Lembah Pantai Di Hatiku, turut diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador dan isteri merangkap Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Seri Norazrin Marzuki. 

Sumbangan berupa wang tunai dan hamper telah disampaikan oleh Tuan Fahmi sendiri dengan diiringi Dato' Seri Abdul Hamid dan Datin Seri Norazrin kepada warga PDRM dan PERKEP yang menghidap penyakit kronik. 

Majlis kemudiannya diteruskan dengan Solat fardhu Maghrib dan Isyak berjemaah sebelum diakhiri dengan solat sunat Tarawih serta jamuan moreh. 

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor, barisan Pengarah PDRM, ahli-ahli PERKEP serta rakan media.

0R9A5047
Ketibaan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Tuan Fahmi Fadzil.

0R9A5062
Bergambar kenangan.

0R9A5134
Ucapan daripada Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Seri Norazrin Marzuki.

0R9A5171
Ucapan daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Tuan Fahmi Fadzil.

0R9A5452
Penyampaian sumbangan kepada warga PDRM dan PERKEP yang menghidap penyakit kronik.0R9A5235
Penyampaian sumbangan kepada warga PDRM dan PERKEP yang menghidap penyakit kronik.

0R9A5485
Penyampaian cenderahati kepada Tuan Fahmi Fadzil oleh Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

0R9A5502
Penyampaian cenderahati kepada Tuan Fahmi Fadzil oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Seri Norazrin Marzuki.


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS