Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

KPN DEKATI MASYARAKAT MELALUI PROGRAM 'HIGH PROFILE POLICING'

Brickfields, 30 Mei 2019 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador turun padang di Bazar Ramadan Taman Tun Dr. Ismail, dekat sini sebagai usaha mendekati masyarakat setempat sekali gus menunjukkan kehadiran pihak polis bagi mencegah jenayah.

Program anjuran bersama Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Bukit Aman bersama Polis Kuala Lumpur itu turut disertai oleh Pengarah JPJKK, CP Dato' Sri Rosli Ab Rahman dan Ketua Polis negeri, CP Datuk Seri Mazlan Lazim.

Menurut Dato' Seri Abdul Hamid, dengan mendekati golongan peniaga dan pengunjung bazar Ramadan, nyata mampu mendidik mereka supaya memainkan peranan dalam membanteras jenayah selain menjadi mata dan telinga kepada pihak polis.

"PDRM bukan sahaja komited untuk menurunkan kadar jenayah di mana sahaja, namun mengurangkan kegusaran dan kebimbangan masyarakat terhadap kegiatan jenayah," ujar Dato' Seri Abdul Hamid.

Terdahulu, beliau yang tiba di perkarangan Balai Polis TTDI sekitar jam 5.00 petang tadi telah disambut oleh Ketua Polis Balai, DSP Ahmad Mohsin Md Rodi sebelum membuat tinjauan kebajikan di kawasan berek perumahan berdekatan.

Program yang berakhir di Masjid At-Taqwa, Taman TTDI tadi turut diserikan dengan bacaan tahlil ringkas serta sesi pertukaran cenderahati dengan pihak jawatankuasa masjid sebelum majlis berbuka puasa dan solat fardhu Maghrib secara berjemaah.

Turut hadir, Timbalan Pengarah JPJKK (Perancangan Strategik), DCP Dato' Sun Teoh Tia, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Datuk Mazli Mazlan, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato' Roslan Bek Ahmad, ketua-ketua jabatan kontinjen Kuala Lumpur dan rakan-rakan media.

Image may contain: 7 people, people smiling, people standing and food
Sekitar Program 'High Profile Policing' bersama Ketua Polis Negara, IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador di bazar Ramadan TTDI.

Image may contain: 5 people, people smiling
Ketua Polis Negara, IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador meluangkan masa bersama golongan peniaga dan pengunjung di bazar Ramadan TTDI.

Image may contain: 13 people, people smiling
Pengunjung bazar Ramadan TTDI bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara, IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador.

Image may contain: 5 people, people standing and outdoor
Sekitar tinjauan kebajikan Ketua Polis Negara, IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador di kawasan berek Balai Polis TTDI.

Image may contain: 2 people, outdoor
Bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara, IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador di Balai Polis TTDI.

Image may contain: 5 people, people sitting and indoor
Sekitar suasana tahlil ringkas sebelum majlis berbuka puasa di Masjid At-Taqwa, Taman TTDI.

Image may contain: 1 person
Bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara, IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador di Masjid At-Taqwa, Taman TTDI.

Bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara, IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador di Balai Polis TTDI
Bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara, IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador di Balai Polis TTDI
Bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara, IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador di Balai Polis TTDI
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS