Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

KEJOHANAN PIALA KPN : KONTINJEN PULAU PINANG, KEDAH DAN SELANGOR UNGGULI ACARA SEPAK TAKRAW

Kuala Lumpur, 23 Jun 2019 – Aksi cemerlang yang dipamerkan pasukan sepak takraw dari Kontinjen Pulau Pinang, Kedah dan Selangor membuahkan hasil apabila masing-masing dinobatkan sebagai juara dalam empat kategori yang dipertaruhkan di Kejohanan Sepak Takraw, Dart, Catur dan Karom Piala Ketua Polis Negara (KPN) pada tahun ini.

Juara bagi kategori 'double' menjadi milik Kontinjen Pulau Pinang selepas mereka berjaya menewaskan pasukan lawan dari Kontinjen Terengganu. Bagi kategori veteran pula, pasukan dari Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur terpaksa akur dan mengakui kehebatan yang dimiliki oleh para pemain dari Kontinjen Kedah.

Sementara itu, pasukan dari Kontinjen Selangor mengungguli dua kategori lain iaitu regu terbuka dan berpasukan selepas menundukkan pasukan lawan dari Kontinjen Kuala Lumpur dan Sabah.

Kejohanan yang berlangsung selama enam hari, bermula 18 Jun lalu turut mempertandingkan tiga acara lain iaitu dart (lima kategori), catur (tiga kategori) dan karom (satu kategori) melibatkan penyertaan 21 kontinjen dan formasi dari seluruh negara.

Selain sukan sepak takraw yang diadakan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, lain-lain acara telah berlangsung di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, PULAPOL Kuala Lumpur pada sepanjang kejohanan.

Berucap mewakili Ketua Polis Negara, IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador dalam majlis penutup kejohanan di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, pagi tadi, Pengarah Pengurusan, CP Dato' Abd Rahim Jaafar berkata, gabungan serentak sukan sepak takraw dengan tiga ‘indoor games’ telah menambahkan lagi kemeriahan selain meningkatkan prestij kejohanan dan menjimatkan kos serta masa penganjuran.

Tambah beliau lagi, kejohanan tersebut merupakan satu daripada inisiatif yang dibangunkan oleh Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (MSPDRM) bagi tujuan mendekat dan membudayakan gaya hidup sihat.

"Di samping itu, ia dapat mencungkil bakat atlet-atlet yang berpotensi di kalangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

“Syabas dan tahniah kepada semua peserta kejohanan kerana mempamerkan persembahan yang terbaik, bertenaga dan mantap, sekali gus menghangatkan lagi cabaran dalam Kejohanan Piala KPN kali ini,” ujar Dato' Abd Rahim.

Kemuncak majlis, Dato' Abd Rahim telah menyampaikan hadiah berupa piala dan sijil penyertaan kepada semua pemenang kejohanan yang mengambil bahagian.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), SAC Dato’ Abdul Majid Mohd Ali, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, SAC Dato’ Shamsudin Mat, Setiausaha Majlis Sukan PDRM, Superintendan Zairulnizam Mohd Zainuddin@Hilmi, para pegawai kanan, pengurus pasukan, jurulatih dan pemain.

Image may contain: 31 people, people smiling, people standing and crowd
Para peserta Kejohanan Sepak Takraw, Dart, Catur dan Karom Piala Ketua Polis Negara Tahun 2019 bergambar kenangan bersama Pengarah Pengurusan, CP Dato' Abd Rahim Jaafar.

Image may contain: one or more people, crowd and indoor
Para peserta Kejohanan Sepak Takraw, Dart, Catur dan Karom Piala Ketua Polis Negara Tahun 2019 bergambar kenangan bersama Pengarah Pengurusan, CP Dato' Abd Rahim Jaafar.

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing
Gimik perasmian Majlis Penutupan Kejohanan Sepak Takraw, Dart, Catur dan Karom Piala Ketua Polis Negara Tahun 2019 yang disempurnakan oleh Pengarah Pengurusan, CP Dato' Abd Rahim Jaafar.

Image may contain: 3 people
Gimik perasmian Majlis Penutupan Kejohanan Sepak Takraw, Dart, Catur dan Karom Piala Ketua Polis Negara Tahun 2019 yang disempurnakan oleh Pengarah Pengurusan, CP Dato' Abd Rahim Jaafar.

Image may contain: 6 people, people standing, tree, child, crowd and outdoor
Ketibaan Pengarah Pengurusan, CP Dato' Abd Rahim Jaafar di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing and indoor
Pengarah Pengurusan, CP Dato' Abd Rahim Jaafar menyampaikan hadiah berupa piala dan sijil penyertaan kepada johan bagi acara catur kategori berpasukan lelaki yang diungguli peserta Bukit Aman.

Image may contain: 2 people
Pengarah Pengurusan, CP Dato' Abd Rahim Jaafar menyampaikan hadiah berupa piala dan sijil penyertaan kepada johan bagi acara dart kategori 180 yang diungguli peserta Kontinjen Kuala Lumpur.

Image may contain: 3 people, people standing
Pengarah Pengurusan, CP Dato' Abd Rahim Jaafar menyampaikan hadiah berupa piala dan sijil penyertaan kepada johan bagi acara dart kategori 'High Check Out' yang diungguli peserta Kontinjen Kuala Lumpur.

Image may contain: 4 people, people standing, people dancing and indoor
Pengarah Pengurusan, CP Dato' Abd Rahim Jaafar menyampaikan hadiah berupa piala dan sijil penyertaan kepada johan bagi acara karom kategori berpasukan yang diungguli peserta Kontinjen Kelantan.

Image may contain: 6 people, people standing and indoor
Pengarah Pengurusan, CP Dato' Abd Rahim Jaafar menyampaikan hadiah berupa piala dan sijil penyertaan kepada johan bagi acara sepak takraw kategori 'double' yang diungguli peserta Kontinjen Pulau Pinang.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS