Kuala Lumpur, 24 Jun 2019 - Ketua Polis Negara, IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador dan timbalannya, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor hari ini mengadakan lawatan kerja rasmi ke Jabatan Pengurusan di Menara 2, Bukit Aman.
Ketibaan pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu disambut mesra oleh Pengarah Pengurusan, CP Dato' Abd Rahim Jaafar bersama warga jabatannya sebelum rombongan dibawa ke Auditorium tingkat 16 untuk acara rasmi.
Dato' Seri Abdul Hamid dan Dato' Pahlawan Mazlan kini dalam jadual lawatan rasmi ke seluruh jabatan PDRM bagi mendengar sendiri taklimat hala tuju dan seterusnya menyampaikan amanat kepada warga jabatan tersebut.
Berucap dalam majlis tadi, Dato' Seri Abdul Hamid sekali lagi menjelaskan tiga fokus utama yang tidak boleh tidak, perlu dipatuhi setiap warga PDRM bagi memastikan amanah sentiasa dilaksanakan pada landasan yang betul.
Tiga fokus utama yang sentiasa ditekankan beliau adalah meningkatkan integriti dan akauntabiliti, mempertingkatkan tahap sistem penyampaian perkhidmatan dan mendukung pelaksanaan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis atau lebih dikenali sebagai IPCMC.
Terdahulu, taklimat berkaitan hala tuju dan perancangan Jabatan Pengurusan telah disampaikan oleh Dato' Abd Rahim sendiri diikuti Timbalan Pengarah Pengurusan (Dasar Sumber Manusia) DCP Dato' Abd Jalil Hassan. Turut menyampaikan taklimat adalah Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), DCP Dato’ Nerita Yaacob dan Pemangku Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), SAC Dato’ Kasuahdi Ali.
Turut hadir, Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan), DCP Dato’ Ramli Haji Din, Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara, DCP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Mazli Mazlan, pegawai kanan polis serta warga Jabatan Pengurusan.

Ketibaan Ketua Polis Negara, IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador dan Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor sempena Lawatan Kerja ke Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Bergambar kenangan.

Nyanyian lagu negaraku.

Ketua Polis Negara , IG Dato’ Seri Abd Hamid Bador menandatangani buku lawatan.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor menandatangani buku lawatan.