Kuala Lumpur, 23 Julai 2019 - Seramai lima pegawai kanan dari Jabatan Pengurusan, Bukit Aman dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat yang disempurnakan oleh Pengarah Pengurusan, CP Dato' Abd Rahim Jaafar, pagi tadi.
Majlis yang berlangsung di Auditorium Menara 2, Bukit Aman itu menyaksikan bekas Timbalan Pengarah Pengurusan (Dasar Sumber Manusia) yang dilantik menjadi Ketua Polis Kontinjen Pahang, Dato' Abdul Jalil Hassan disematkan pangkat Komisioner Polis.
Diikuti bekas Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan) yang bertukar sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), Dato' Kasuahdi Ali dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Dato' Abdul Majid Mohd Ali yang masing-masing sebelum ini berpangkat SAC dinaikkan ke pangkat DCP.
Turut diraikan, dua pegawai kanan berpangkat ACP yang dinaikkan ke pangkat SAC dalam arahan pertukaran baru-baru ini.
Mereka terdiri daripada bekas Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran/Belanjawan), Tuan Che Zakaria Othman yang dilantik menjadi Timbalan Ketua Polis Kontinjen Negeri Sembilan dan Tuan Mohd Alwi Zainal Abidin yang mengisi kekosongan jawatan ditinggalkan Dato' Kasuahdi.
Turut berlangsung adalah Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Pengarah Pengurusan (Dasar Sumber Manusia) diantara DCP Dato' Abdul Jalil dengan pemangkunya, SAC Dato' Mohd Zaki Harun.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), DCP Dato’ Nerita Yaacob, Ketua Urus Setia KPN, DCP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf, barisan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan dan pegawai kanan PDRM.

Bergambar kenangan bersama Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato’ Abd Rahim.

Sesi penyerahan dokumen Serah Terima Tugas Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber manusia) di antara CP Dato’ Abdul Jalil Hasan dan SAC Dato’ Mohd Zaki Harun.

Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar menyempurnakan pemakaian pangkat kepada CP Dato’ Abdul Jalil Hassan yang akan menjawat jawatan Ketua Polis Pahang.

Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar menyempurnakan pemakaian pangkat kepada DCP Dato’ Kasuahdi Ali yang menjawat jawatan Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan).

Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar menyempurnakan pemakaian pangkat kepada Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), DCP Dato’ Abdul Majid Mohd Ali.

Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar menyempurnakan pemakaian pangkat kepada SAC Mohd Alwi Zainal Abidin yang menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan).

Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar menyempurnakan pemakaian pangkat kepada SAC Che Zakaria Othman yang akan menjawat jawatan Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan.