Berita

40 PEGAWAI POLIS TINGKAT KEMAHIRAN KEPIMPINAN MELALUI KURSUS PERINTAH TINGGI POLIS ANTARABANGSA

Kuala Lumpur, 26 Julai 2019 - Seramai 40 pegawai polis dari 27 buah negara berjaya menamatkan Kursus Perintah Tinggi Polis Antarabangsa ke-45 yang disertai bagi meningkatkan kemahiran kepimpinan masing-masing.

Penganjuran kursus hampir tiga minggu yang diadakan di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur tersebut turut memfokuskan mengenai isu-isu global sebagai panduan para peserta dalam menjalankan sesuatu siasatan.

Sebagai menghargai komitmen dan kesungguhan yang dipamerkan para peserta sepanjang kursus berkenaan, satu majlis bagi meraikan mereka telah diadakan di Dewan Ketua Polis Negara, Maktab PDRM Kuala Lumpur, malam tadi.

Dalam ucapan perasmian, Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berharap segala ilmu kepimpinan yang dicurahkan sepanjang kursus itu dimanfaatkan seterusnya dapat membantu dalam penugasan yang melibatkan kepolisan di negara masing-masing.

"Malam mes yang diadakan ini adalah platform terbaik untuk menghargai setiap kejayaan dan pengorbanan selain dapat mengeratkan hubungan ‘esprit de corps’ dalam kalangan pegawai polis,” ujar beliau.

Hadir sama menyerikan majlis tadi adalah Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor, barisan pengarah dan pegawai kanan PDRM.

PRO_0829
Sekitar Majlis Malam Mess Sempena Kursus Perintah Tinggi Antarabangsa.

PRO_
Perserta kursus bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

PRO_0822
Panji utama PDRM diarak masuk.

PRO_0813
Sekitar Majlis Malam Mess Sempena Kursus Perintah Tinggi Antarabangsa.


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS