Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA KETUA EKSEKUTIF NFCC DAN DELEGASI PPK

Kuala Lumpur, 26 Julai 2019 – Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Ketua Eksekutif Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Dato’ Seri Haji Mustafar Haji Ali dan Pasukan Petugas Khas (PPK) Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh Bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Dato’ Abd Rahim Uda di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.

Kunjungan hormat oleh Dato’ Seri Haji Mustafar di sebelah pagi tadi merupakan langkah proaktif dalam usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan NFCC berkolaborasi membanteras jenayah kewangan terancang dalam negara dengan lebih efektif.

Sejurus selesai, rombongan NFCC kemudiannya dibawa ke Pusat Kawalan Malaysia (MCC) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi melihat sendiri perjalanan sistem pemantauan yang merupakan nadi utama operasi PDRM.

Di sebelah petangnya pula, Dato’ Seri Abdul Hamid menerima kunjungan hormat daripada Dato’ Abd Rahim bersama delegasi yang berlangsung selama sejam.

Pertemuan tersebut bertujuan membincangkan berkenaan isu-isu semasa serta menjalinkan hubungan silaturrahim antara kedua-dua belah pihak.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor, Pengarah Cawangan Khas, CP Dato’ Mohamed Farid Abu Hassan, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato’ Zamri Yahya, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Huzir Mohamed, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, Ketua Urus Setia KPN, DCP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf, Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Am), DCP Datuk Mastor Mohd Ariff dan pegawai kanan PDRM.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang berdiri dan dalaman
Ketua Eksekutif Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Dato’ Seri Haji Mustafar Haji Ali bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang duduk, meja dan dalaman
Sekitar kunjungan hormat Ketua Eksekutif Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Dato’ Seri Haji Mustafar Haji Ali ke atas Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Imej mungkin mengandungi: 14 orang, orang senyum, orang berdiri
Ketua Eksekutif Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Dato’ Seri Haji Mustafar Haji Ali dan delegasi bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk, meja dan dalaman
Sekitar lawatan ke Pusat Kawalan Malaysia (MCC) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang duduk dan dalaman
Penolong Pengarah Gerakan Pusat Kawalan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Superintenden Khoo Say Ping menyampaikan taklimat kepada Ketua Eksekutif Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Dato’ Seri Haji Mustafar Haji Ali dan delegasi.

Imej mungkin mengandungi: 11 orang, orang senyum, orang berdiri
Pasukan Petugas Khas (PPK) Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh Bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Dato’ Abd Rahim Uda dan delegasi bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, duduk, perkahwinan, meja dan dalaman
Sekitar kunjungan hormat Pasukan Petugas Khas (PPK) Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh Bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Dato’ Abd Rahim Uda ke atas Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang duduk, meja dan dalaman
Sekitar kunjungan hormat Pasukan Petugas Khas (PPK) Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh Bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Dato’ Abd Rahim Uda ke atas Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang duduk, meja dan dalaman
Sekitar kunjungan hormat Pasukan Petugas Khas (PPK) Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh Bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Dato’ Abd Rahim Uda ke atas Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang duduk, meja dan dalaman
Sekitar kunjungan hormat Pasukan Petugas Khas (PPK) Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh Bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Dato’ Abd Rahim Uda ke atas Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS