Berita

UTK TRICHALLENGE 2019: CABAR MENTAL DAN FIZIKAL PESERTA

Putrajaya, 27 Julai 2019 - UTK Trichallenge 2019 yang diadakan bersempena bulan sukan Unit Tindakhas (UTK), hadir dengan cabaran yang menguji mental dan fizikal peserta apabila 100 peratus acaranya dikategorikan sebagai sukan lasak.

Menurut Komander UTK, SAC Tuan Mohd Khairi Khairuddin, biarpun pertandingan ini lasak namun ianya cukup untuk menguji para peserta selain dapat memupuk semangat setiakawan dan 'espirit de corp'.

"Cabaran sejauh 37.4 kilometer (km) merentasi Tasik Putrajaya, jalan raya utama pusat pentadbiran kerajaan dan Taman Wetland itu turut merangkumi acara berbasikal dan larian.

"Sebanyak tiga disiplin sukan perlu dilalui peserta iaitu berenang sejauh 1.4km, berbasikal 24km dan larian 12km," ujar beliau selepas Majlis Flag Off peserta di Pangkalan Polis Marin (PPM) Putrajaya, di sini.

Menurut Tuan Mohd Khairi lagi, acara sukan lasak yang dipertandingkan kali ini juga diharap dapat membina jati diri dan mewujudkan persaingan yang sihat serta positif di antara operatif UTK.

Seramai 70 peserta daripada tujuh pasukan dalam UTK menyertai pertandingan tahun ini. Antara pasukan tersebut adalah Unit Selam Tempur, Unit Kawalan Perdana, Unit Bantuan Teknik, Unit Gempur dan dari Ibu Pejabat UTK, Bukit Aman sendiri.

Pasukan Unit Gempur 2 muncul johan dalam pertandingan kali ini dengan membawa pulang hadiah berupa medal dan wang tunai sebanyak RM400. 

Manakala pasukan Unit Kawalan Perdana dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Bukit Aman pula masing-masing diumumkan sebagai naib johan dan tempat ketiga untuk membawa pulang hadiah berupa medal dan wang tunai sebanyak RM300 serta RM200.

Image may contain: 2 people, outdoor
Sekitar acara berbasikal sejauh 24 kilometer berlangsung.

Image may contain: 2 people, people standing, child and outdoor
Sekitar acara larian jarak 12 kilometer berlangsung.

Image may contain: 1 person, ocean, outdoor and water
Sekitar acara berenang jarak 1400 meter berlangsung.

Image may contain: 1 person, crowd and outdoor
Sesi bergambar kenangan.

Image may contain: 18 people, people smiling, shoes and outdoor
Sesi bergambar kenangan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS