Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

HARI KEBANGSAAN KE-62: IKRAR PDRM TERUS BERBAKTI DEMI KEAMANAN NEGARA


Putrajaya, 31 Ogos 2019 - Meskipun sudah 62 tahun Malaysia bebas daripada cengkaman penjajah dan rakyatnya kini hidup aman harmoni, Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa berpegang kepada ikrar taat setia untuk terus menjaga keamanan negara, tanpa berbelah bahagi.

Biarpun susah atau senang, hujan atau panas, warga PDRM akan tetap 'Sedia Berkhidmat' bagi melindungi rakyat tanpa mengira latar belakang kaum, bangsa dan agama.

Juga tertanam dalam lubuk hati setiap pegawai dan anggota PDRM, meneruskan legasi perjuangan wira-wira terdahulu bagi mempertahankan keamanan dan keselamatan negara serta menjunjung tinggi Perlembagaan Malaysia.

Menyingkap Sambutan Hari Kebangsaan 2019 pagi tadi, warga PDRM turut bersama ribuan rakyat Malaysia membanjiri Dataran Putrajaya sebagai menunjukkan semangat solidariti, perpaduan dan cintakan negara.

Seramai 1,700 pegawai dan anggota termasuk aset PDRM mengambil bahagian dalam acara perbarisan yang penuh warna-warni kali ini.

Antara "detachment" yang terlibat dalam segmen keselamatan adalah Pancaragam Pusat PDRM, Polis Pelancong, Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Gerakan Am, Senoi Praaq, Pasukan Simpanan Persekutuan dan 69 Komando.

Sambutan tahun ini juga lebih bermakna apabila pesara-pesara PDRM turut hadir memeriahkan acara. Antaranya Pengerusi Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA), CP (B) Tan Sri Ismail Che Rus, bekas Ketua Polis Perak, CP (B) Dato' Osman Salleh dan Komander PPM, SAC (B) Dato' Abd Rahim Abdullah.

Hadir bersama para pembesar negara tadi, Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador dan isteri, Datin Sri Norazrin Marzuki, Timbalan KPN, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor dan isteri, Datin Farihah Mohd Zamri dan barisan Pengarah PDRM serta isteri.

Image may contain: 1 person, shoes, beard and outdoor
Sekitar Sambutan Hari Kebangsaan ke-62 di Dataran Putrajaya.

Image may contain: 2 people, outdoor
Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengambil gambar kenangan Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Sambutan Hari Kebangsaan ke-62.

Image may contain: 1 person, stripes
Sekitar Sambutan Hari Kebangsaan ke-62 di Dataran Putrajaya.

Image may contain: one or more people
Sekitar sambutan perarakan dan lintas hormat Hari Kebangsaan-62 yang berlangsung di Dataran Putrajaya.

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing
Keberangkatan tiba Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Image may contain: 2 people, people smiling, hat, outdoor and close-up
Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador dan isteri turut hadir menyaksikan Sambutan Hari Kebangsaan ke-62 di Dataran Putrajaya.

Image may contain: 6 people, outdoor
Antara tetamu yang hadir menyaksikan Sambutan Hari Kebangsaan ke-62 di Dataran Putrajaya.

Image may contain: 2 people, stripes and outdoor
Antara tetamu yang hadir menyaksikan Sambutan Hari Kebangsaan ke-62 di Dataran Putrajaya.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS