Berita

HARI KEBANGSAAN KE-62: PELAJAR SEKOLAH HARGAI SEJARAH NEGARA DI "NIGHT AT THE MUSEUM"

Kuala Lumpur, 31 Ogos 2019 - Seramai 72 pelajar sekolah menengah menikmati pengalaman unik dengan bermalam di Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM) sambil menghargai sejarah negara menerusi program "Night At The Museum" bermula semalam.

Program tersebut disertai oleh para pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tun Hussein Onn 2 dan SMK Darul Ehsan yang berumur 16 hingga 17 tahun.

Pelbagai aktiviti menarik dianjurkan oleh pihak muzium dengan dibantu 16 fasilitator dalam kalangan anggota Muzium PDRM, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman. Antaranya termasuk pertandingan mencipta sajak patriotik, ikhtiar hidup dan ceramah kenegaraan oleh bekas Pesuruhjaya Polis Sabah, CP (B) Dato' Abd Rashid Harun.

Menurut Pengarah Muzium Kepolisan PDRM, Superintendan Selamat Sainayune, program patriotik tersebut merupakan platform terbaik PDRM untuk mendekatkan para pelajar sekolah dengan muzium yang menyimpan pelbagai bahan sejarah dan warisan negara.

Sebagai rekod, "Night At The Museum" merupakan program tahunan Muzium PDRM dari tahun 2016 bersempena Sambutan Hari Kebangsaan dan ia menjadi perintis kepada Muzium Negara untuk mengadakan program yang sama sejak tahun 2017.

Turut hadir, Penolong Pengarah Pengurusan (Keselamatan/Sukan dan Rekreasi) Bukit Aman, ACP Sukri Kaman serta pegawai-pegawai kanan.

Image may contain: one or more people, people on stage and outdoor
'Countdown' Merdeka.

Image may contain: 4 people, shoes
Sekitar aktiviti pembentangan kumpulan.
 

Image may contain: 3 people, tree, crowd, plant and outdoor
Sekitar aktiviti pengenalan kemahiran asas ikhtiar hidup.
 

Image may contain: 7 people, outdoor
Sekitar aktiviti pengenalan kemahiran asas ikhtiar hidup.

Image may contain: 4 people, people standing, wedding and outdoor
Ceramah kenegaraan oleh bekas Pesuruhjaya Polis Sabah, CP (B) Dato' Abd Rashid Harun.

Image may contain: 10 people, people smiling, people standing, crowd and outdoor
Bergambar kenangan bersama Pengarah Muzium Kepolisan PDRM, Superintendan Selamat Sainayune.
 

Image may contain: 1 person
Pengacara majlis.

Image may contain: 1 person, smiling
Pengarah Muzium PDRM, SUPT. Selamat Sainayune memberikan ucapan penutupan program 'Night At The Museum'.
 

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing
Sekitar penyampaian hadiah kepada pemenang.
 

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing
Sesi penyampaian cenderahati oleh Pengarah Muzium Kepolisan PDRM, Superintendan Selamat Sainayune.
 

Image may contain: 2 people, people smiling
Sesi penyampaian cenderahati oleh Pengarah Muzium Kepolisan PDRM, Superintendan Selamat Sainayune.

Image may contain: 10 people, people smiling, crowd and shoes
Bergambar kenangan.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS