Berita

#LegasiPejuangSeragamBiru : SUB INSPEKTOR MOHD MASHKOR BIN MURADI

Sub Inspektor (SI) Mohd. Maskor dilahirkan pada 14 Disember 1950 di Sabak Bernam, Selangor. Beliau mula berkhidmat dalam pasukan polis pada 1 September 1969 dan menjalani latihan asas kepolisan di Pusat Latihan Polis Jalan Gurney Kuala Lumpur.

Sebaik sahaja tamat latihan beliau ditugaskan di Unit Tindakhas (UTK) Bukit Aman, Kuala Lumpur. Pada 22 Oktober 1978, ketika beliau berpangkat Sarjan, beliau mendapat arahan untuk menjalankan operasi menyelamat dua orang tebusan di Penjara Pudu, Kuala Lumpur iaitu Dr. Radzi Jaafar, seorang pakar kulit dari Hospital Kuala Lumpur bersama pembantunya, Abdul Aziz Abdul Majid dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dalam insiden tersebut, kumpulan banduan yang diketuai oleh Jimmy Chua telah mengancam untuk membunuh kedua-dua tebusan sekiranya permintaan mereka supaya dibebaskan tanpa syarat tidak dipenuhi. Operasi menyelamat yang bermula pada jam 5.40 petang tersebut diketuai oleh Deputi Superintenden Polis (DSP) Cheng Ket Chun bersama lapan anggota UTK. Ketika serbuan, SI Mashkor dan rakan sepasukan menyerbu Klinik Penjara Pudu dengan hanya berbekalkan cota sebagai senjata tanpa rasa gentar atau takut. Hasil tindakan dan gerakan pantas Unit Tindakhas telah mengakibatkan kumpulan banduan tersebut tersentak sekaligus gagal melawan pihak polis.

Kedua-dua tebusan tersebut berjaya diselamatkan dalam tempoh yang singkat dan kesemua banduan turut berjaya ditahan tanpa melibatkan sebarang pertumpahan darah. Keberanian SI Mashkor bersama rakan-rakan lain ketika menjalankan operasi menyelamat ini telah mendapat perhatian meluas dan pujian dari pelbagai pihak.

Rentetan dari peristiwa tersebut, SI Mashkor telah dianugerahkan Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormat Panglima Gagah Berani pada 4 Jun 1987 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke VIII, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.

“Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada”

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#LegasiPejuangSeragamBiru

Image may contain: 1 person, text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS