Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

#WarAgainstDrugs OP DAMN TOKAN: 114 TOKAN DICEKUP, 2.7 KG DADAH BERJAYA DIRAMPAS

Georgetown, 28 September 2019 - Seramai 114 orang tokan atau pengedar dadah runcit ditahan dalam Op Damn Tokan yang dijalankan selama dua hari (26 dan 27 September) di Pulau Pinang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, CP Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, operasi tersebut turut merampas pelbagai jenis dadah seberat 2,702.39 gram (g) bernilai RM109,259.

"Pihak polis juga menyita wang tunai, wang dalam akaun dan beberapa kenderaan bernilai RM176, 048.76 yang digunakan suspek bagi mengambil serta menjual bekalan dadah kepada para penagih", katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Image may contain: 2 people

Image may contain: 3 people

Image may contain: 3 people, people standing

Image may contain: 3 people, people smiling, motorcycle and outdoor

Image may contain: 4 people

Image may contain: 18 people
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS