Berita

VIDEO PILIHAN: KESELAMATAN ANAK KUCING DI ATAS JALAN RAYA JUGA KEUTAMAAN KAMI! 😊

Selain daripada memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan, tugas anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) juga adalah untuk memastikan keadaan sesuatu jalan itu selamat digunakan.

Semalam tular video memaparkan dua anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching membantu orang awam menyelamatkan seekor anak kucing di sebatang jalan raya berdekatan Wisma Seberkas, Kuching, Sarawak. Terima kasih kepada saudara Adnan Zab yang sempat merakamkan kejadian tersebut.

https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/videos/469929183596776/ 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS