Hulu Selangor, 26 Oktober 2019 - Seramai 299 pelatih Konstabel wanita Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Siri 4/2019 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Bukit Sentosa, di sini berjaya menamatkan latihan mereka, hari ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 14 pelatih memiliki Ijazah Sarjana Muda, 45 berkelulusan Diploma, 3 lagi tamat pelajaran di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan 237 pelatih lain berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Majlis yang berlangsung penuh adat istiadat kepolisan itu turut menjadi detik manis buat Konstabel Sakinah Said setelah namanya diumumkan sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan, sementara Konstabel Noraishah Ahmad dan Konstabel Nur Syahirah Abd Aziz pula masing-masing diumumkan sebagai Pelatih Terbaik Akademik dan Pelatih Terbaik Latihan Luar. Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Dato’ Omar Haji Mammah yang hadir menyaksikan perbarisan tamat latihan tersebut turut menyampaikan amanat Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador agar menggalas tanggungjawab dengan penuh integriti demi negara dan pasukan. Kesemua pelatih yang berjaya menamatkan latihan PLAK selama enam bulan sejak 28 April lalu akan diserapkan ke dalam formasi di seluruh negara bermula 1 November 2019. Pelbagai modul latihan seperti kelas kawad, jasmani, pengendalian senjata api, berenang, etika bekerja dan banyak lagi didedahkan kepada para pelatih. Turut hadir, Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah, Datin Diana Lee Dennis Abdullah, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), DCP Dato' Abdul Majid Mohd Ali, Komandan PULAPOL Bukit Sentosa, Superintendan Mohd Rusli Din, pegawai-pegawai kanan PDRM, wakil-wakil media serta ahli keluarga pelatih. Kami dari seluruh warga PDRM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua Konstabel baharu yang telah berjaya menamatkan latihan serta selamat datang ke dalam keluarga besar PDRM.
Kesemua pelatih Konstabel wanita Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Siri 4/2019.
Sekitar perbarisan berjalan lalu dan lintas hormat yang dilakukan oleh para pelatih dalam pergerakan perlahan dan cepat masa.
Para pelatih mula masuk ke padang kawad.
Sekitar istiadat Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel (Wanita) Bil 20 Siri 4/2019 di PULAPOL Bukit Sentosa, Rawang, pada hari ini.

Antara keluarga pelatih yang hadir pada hari ini.
Ketibaan Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Dato’ Omar Haji Mammah bersama bersama isteri yang juga merupakan Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah, Datin Diana Lee Dennis Abdullah di PULAPOL Bukit Sentosa, hari ini.

Istiadat perbarisan pada hari ini diketuai oleh ASP Roslinda Mohamad Tamami.
Pegawai pemerintah baris memberikan tabik hormat kepada Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Dato’ Omar Haji Mammah.
Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Dato’ Omar Haji Mammah membalas tabik hormat sekaligus memulakan istiadat perbarisan pada hari ini.
Sekitar pemeriksaan baris oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Dato’ Omar Haji Mammah.
Sekitar istiadat Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel (Wanita) Bil 20 Siri 4/2019 di PULAPOL Bukit Sentosa, Rawang, pada hari ini.
Antara keluarga pelatih yang hadir.
Antara keluarga pelatih yang hadir.
Bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Ahmad Basyir Basah.
Sekitar bacaan doa.
Sekitar bacaan doa.
Sekitar perbarisan berjalan lalu dan lintas hormat yang dilakukan oleh para pelatih dalam pergerakan perlahan dan cepat masa.
Sekitar perbarisan berjalan lalu dan lintas hormat yang dilakukan oleh para pelatih dalam pergerakan perlahan dan cepat masa.
Sekitar perbarisan berjalan lalu dan lintas hormat yang dilakukan oleh para pelatih dalam pergerakan perlahan dan cepat masa.
Sekitar perbarisan berjalan lalu dan lintas hormat yang dilakukan oleh para pelatih dalam pergerakan perlahan dan cepat masa.
Sekitar perbarisan berjalan lalu dan lintas hormat yang dilakukan oleh para pelatih dalam pergerakan perlahan dan cepat masa.
Sekitar perbarisan berjalan lalu dan lintas hormat yang dilakukan oleh para pelatih dalam pergerakan perlahan dan cepat masa.
Sekitar perbarisan berjalan lalu dan lintas hormat yang dilakukan oleh para pelatih dalam pergerakan perlahan dan cepat masa.
Sekitar upacara penyampaian Anugerah Kepada Pelatih Terbaik.
Ucapan perasmian daripada Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Dato’ Omar Haji Mammah.
Pasangan pengacara majlis yang mengendalikan perjalanan aturcara istiadat perbarisan pada hari ini.
Sekitar istiadat Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel (Wanita) Bil 20 Siri 4/2019 di PULAPOL Bukit Sentosa, Rawang, pada hari ini.
Sekitar istiadat Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel (Wanita) Bil 20 Siri 4/2019 di PULAPOL Bukit Sentosa, Rawang, pada hari ini.
Sekitar lafaz ikrar Rukun Negara dan Taat Setia, diikuti sorakan tiga kali 'Sedia Berkhidmat Kepada Masyarakat dan Negara'.

Persembahan khas oleh Pancaragam Pusat PDRM yang dianggotai oleh 65 pegawai dan anggota yang diketuai oleh Insp. Dzlefa Zainal Abidin.
Persembahan T-Baton dan Tindak Balas M-16 oleh para pelatih.

Sesi bergambar kenangan.
Sesi bergambar kenangan.
Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Dato’ Omar Haji Mammah menandatangani buku pelawat dan disaksikan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), DCP Dato' Abdul Majid Mohd Ali dan Komandan PULAPOL Bukit Sentosa, Supt. Mohd Rusli Din.
Selesai istiadat perbarisan, pelatih-pelatih diberikan peluang berjumpa dengan keluarga masing-masing.

Sesi penyampaian cenderahati di penghujung majlis.