Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

ROKOK SELUDUP BERNILAI RM304 RIBU DIRAMPAS

Kuching, 27 Oktober 2019 - Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan sindiket pengedaran rokok seludup dengan merampas 1,600 karton rokok yang dianggarkan bernilai RM304,000 di Kota Sentosa, di sini, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 11 PGA Sarawak, Superintendan Rosdi Inai berkata, rokok terbabit dirampas menerusi Operasi Libas di rumah kedai terbiar di kawasan berkenaan pada jam 10.45 pagi.

Kes diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/10/511143/rokok-seludup-bernilai-rm304000-dirampas-metrotv?fbclid=IwAR2wacGIWSc_aiBDR3wKEmUPBJWWR1pzuBC0kdSE6JzZABvZmt2QlnocsxA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS