Kuala Lumpur, 29 Oktober 2019 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Sri Abdul Hamid Bador meluangkan masa melawat dan menyampaikan amanat kepada para peserta Kursus Pengurusan Media, di Dewan Theatrette, Menara 1, Bukit Aman, di sini, petang tadi.
Lawatan spontan beliau ke dalam kursus anjuran Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) itu nyata mengujakan para peserta yang hadir.
"Media memainkan peranan yang penting dalam masyarakat kerana ia menjadi sumber rujukan yang paling mudah dan penting.
"Kuasa media jugalah yang membentuk persepsi sama ada baik atau buruk terhadap sesuatu isu. Adalah penting untuk setiap lapisan warga PDRM mempelajari dan menguasai tatacara pengurusan media dengan betul," ujar beliau.
Selaku penceramah khas bagi kursus tersebut, Ketua Komunikasi Korporat PDRM, SAC Dato' Asmawati Ahmad berkata, kunjungan pucuk pimpinan Pasukan ke atas para peserta tadi merupakan satu penghormatan besar khasnya buat warga Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat).
"Lawatan Tan Sri Abdul Hamid ini jelas menunjukkan betapa pucuk pimpinan Pasukan mengambil berat tentang isu berkaitan media yang perlu dipelajari dan dikuasi oleh warga PDRM khasnya generasi pelapis Pasukan," ujar beliau.
Terdahulu, Dato' Asmawati berkongsi kaedah pengurusan media bertajuk "Media and Public Relation" kepada lebih 40 peserta dari pelbagai jabatan dan kontinjen sekitar Lembah Klang.
Turut hadir, Ketua Unit Komunikasi dan Pemantauan Media selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, DSP Faizal Samsuddin dan warga Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat).

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Sri Abdul Hamid Bador meluangkan masa melawat dan menyampaikan amanat kepada para peserta Kursus Pengurusan Media.

Peserta Kursus Pengurusan Media bergambar kenangan bersama Ketua Komunikasi Korporat PDRM, SAC Dato' Asmawati Ahmad.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, SAC Dato' Asmawati Ahmad menyampaikan ceramah kepada para peserta kursus.

Antara peserta Kursus Pengurusan Media, anjuran Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat).

Sekitar Kursus Pengurusan Media, anjuran Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) di Dewan Theatrette, Menara 1, Bukit Aman.

Antara peserta Kursus Pengurusan Media, anjuran Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat).

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Sri Abdul Hamid Bador meluangkan masa melawat dan menyampaikan amanat kepada para peserta Kursus Pengurusan Media.