Kuala Lumpur, 31 Oktober 2019 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Bahagian Latihan, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman menerima lawatan kerja daripada 12 pegawai kanan Korean National Police University (KNPU) yang disambut mesra oleh Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan/Kompetensi), SAC Tuan Azmi Adam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.
Lawatan yang diketuai oleh Ketua Bahagian Penyiasatan Saintifik Gyeonggi, Senior Superintendan Donghyun Seo itu menfokuskan tentang amalan terbaik pengurusan organisasi dan sistem pendidikan dalam PDRM yang boleh dijadikan panduan oleh pihak KPNU.
Berucap dalam sesi tersebut, Tuan Azmi berkata, Jabatan Pengurusan bersama Bahagian Latihan PDRM sentiasa membuat analisis berkenaan kualiti dan keberkesanan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) yang perlu dijalani para pelatih sebelum bergelar pegawai polis.
“Ia bagi memastikan PLAK kekal relevan dan memenuhi keperluan pasukan, selain mampu menghasilkan pegawai polis yang berdisplin, profesional dan cemerlang,” jelasnya.
Para delegasi kemudiannya diperdengarkan taklimat berkenaan amalan terbaik pengurusan organisasi oleh Superintenden Pegawai Diwartakan, Superintenden Dr. Shazrin Azrin Ruslan manakala Penolong Pengarah Latihan (Peperiksaan/Kompetensi), ACP Chuah Yong Hut menerangkan mengenai sistem pendidikan yang dipraktikkan dalam PDRM.
Turut hadir dalam sesi lawatan tadi ialah Penolong Pengarah Pengurusan (Kebajikan), ACP Puan Hajjah Nor Ashikin Abdul Razak dan para pegawai kanan PDRM Bukit Aman.
Bergambar kenangan.

Bergambar kenangan.

Sekitar Lawatan Kerja Pegawai Kanan Korean National Police University (KNPU) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Sesi menandatangi buku pelawat.
Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan/Kompetensi), SAC Tuan Azmi Adam menyampaikan taklimat tentang pengurusan organisasi dan sistem pendidikan dalam PDRM kepada para delegasi KNPU.
Pegawai Diwartakan, Superintenden Dr. Shazrin Azrin Ruslan menyampaikan taklimat berkenaan amalan terbaik pengurusan organisasi kepada para delegasi KNPU.
Penolong Pengarah Latihan (Peperiksaan/Kompetensi), ACP Chuah Yong Hut menerangkan mengenai sistem pendidikan yang dipraktikkan dalam PDRM kepada para delegasi KNPU.
Pengacara majlis, Penolong Pegawai Turus Persatuan, Insp. Nurul Hidayah Watimin.
Penolong Pengarah Latihan (Peperiksaan/Kompetensi), ACP Chuah Yong Hut dan Penolong Pengarah Pengurusan (Kebajikan), ACP Puan Hajjah Nor Ashikin Abdul Razak.
Sekitar Lawatan Kerja Pegawai Kanan Korean National Police University (KNPU) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Sesi penyampaian cenderamata oleh Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan/Kompetensi), SAC Tuan Azmi Adam kepada Ketua Bahagian Penyiasatan Saintifik Gyeonggi, Senior Superintendan Donghyun Seo.