Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

ISU TULAR: POLIS TELAH TAHAN LELAKI MENGAMUK DAN PUKUL PELANGGAN DALAM RESTORAN

Lelaki dipercayai kurang siuman ditahan polis pada 6.30 petang, hari ini selepas mengamuk di restoran di Tasik Biru, Kuang, Sungai Buloh.

Dia yang berusia 43 tahun membuat kacau di premis itu pada Jumaat lalu, malah turut didakwa memukul pelanggan restoran dan merosakkan barangan dalam kedai.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, pemilik restoran itu membuat laporan polis pada 2.10 petang Jumaat, selepas dimaklumkan pekerjanya.

“Lelaki itu membuat kacau dengan memukul pelanggan, merosakkan serta memecahkan barangan kedai seperti meja, kerusi, cawan dan pinggan.

“Malah, dia juga ada menunjukkan keris dan ‘buku lima’ kepada pelanggan dalam kejadian itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Shafa’aton berkata, susulan laporan itu, pihaknya menahan lelaki berkenaan di sekitar Sungai Buloh dan semakan mendapati dia mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah.

“Untuk itu dia disiasat mengikut Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, video berdurasi satu minit 37 saat yang menunjukkan lelaki terbabit mengamuk serta mengugut dan memukul pelanggan tersebar di media sosial.

Sumber: Harian Metro


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/12/530198/amuklah-kau-dalam-lokap-metrotv?fbclid=IwAR0aYkjr4g9JinwEeHfyd3zaD4WJkLI4Ao-Ci_Sn2qccbT_uwPaz_oNsFf0

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS