Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

[ARTIKEL PILIHAN] POLIS MULAKAN SIASATAN KOMEN JELIK HINA ISLAM DAN INSTITUSI DIRAJA

Kuala Lumpur, 30 Disember 2019 - Polis sedang menjalankan siasatan berhubung komen jelik berunsur penghinaan terhadap institusi diraja dan agama Islam dimuat naik seorang individu di laman sosial yang tular sejak semalam.

Ketua Penolong Pengarah Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Pendakwaan/Undang-Undang, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, SAC Tuan Mior Faridalathrash Wahid, mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung perkara itu.

Lelaki mengguna nama ‘Lionel Proctor’ itu menulis komen, ‘siapa nak hormat raja-raja kau yang bertaraf macam ketua kampung dan agama kau yang diasaskan bangsa penunggang unta dari padang pasir’ pada satu kiriman di media sosial.

Bacaan lanjut di https://www.bharian.com.my/…/polis-siasat-komen-jelik-hina-…

No photo description available.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS