Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

#LegasiPejuangSeragamBiru: DSP MICHAEL PADEL

Deputi Superintendan Polis (DSP) Michael Padel dilahirkan pada 7 Februari 1977 di Serian, Sarawak. Beliau mula berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1 Oktober 2000 sebagai Inspektor dan menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Sejurus menjalani latihan, beliau ditempatkan di Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan jawatan terakhir beliau adalah sebagai Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna, Sabah.

Pada 2 Mac 2013, DSP Michael yang pada ketika itu berpangkat ASP telah menyertai satu operasi khas bagi mengesan dan menangkap penceroboh daripada Tentera Diraja Kesultanan Sulu atau lebih dikenali sebagai Royal Sulu Force (RSF) di Kampung Simunul, Semporna, Sabah.

Ketika beliau sedang melakukan risikan di kawasan tersebut, beliau telah diserang hendap oleh penceroboh yang bersenjatakan senapang dan parang Barong.

Hal itu menyebabkan berlaku kejadian berbalas tembakan di antara pihak polis dan RSF. Malangnya, DSP Michael telah terkorban akibat terkena tembakan oleh pihak musuh.

Bagi menghargai jasa dan pengorbanan Mendiang DSP Michael kepada negara, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke XIV Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mengurniakan anugerah Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormat Panglima Gagah Berani kepada beliau pada pada 2 Disember 2014.

Mendiang DSP Michael turut dinaikkan pangkat secara medan (field promotion) daripada ASP kepada DSP pada Sambutan Hari Polis ke-206.

Mendiang DSP Michael Padel, mendapat pengiktirafan kerajaan negeri Sarawak untuk disemadikan secara pengebumian perwira di Makam Pahlawan, Sibu, Sarawak.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#InfoPDRM
#InfoBersama
#LegasiPejuangSeragamBiru

Image may contain: 1 person

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS