Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

TAN SRI MUHYIDDIN PENGERUSIKAN MESYUARAT BULANAN MDN BERSAMA PDRM BILANGAN 1/2020

Kuala Lumpur, 30 Januari 2020 - Menteri Dalam Negeri (MDN), Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin hari ini mempengerusikan Mesyuarat Bulanan MDN bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bilangan 1/2020 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini.

Ketibaan MDN pada jam 9.00 pagi disambut oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador bersama timbalannya, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor di perkarangan Lobi Menara 1 sebelum beliau dan delegasi diiring ke Bilik Mesyuarat KPN di Tingkat 31.

Mesyuarat bulanan tersebut dianjurkan oleh Jabatan Logistik dan Teknologi (JLT), bertujuan membincangkan isu-isu dalaman Pasukan berpaksikan kepada Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (DKKA) Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Oktober lalu.

Mesyuarat turut menyentuh mekanisme untuk memperkasakan lagi kebajikan warga PDRM bagi menjamin keberhasilan kerja yang lebih produktif.

Seusai mesyuarat, Tan Sri Muhyiddin telah mengadakan sidang media di Dewan Theattrette sebelum menerima kunjungan hormat daripada delegasi Global Commission on Drug Policy (GCDP) yang diketuai oleh Presidennya, H.E. Dr. Jose Ramos-Horta.

Turut hadir, Timbalan MDN, Datuk Mohd Azis Jamman, Ketua Setiausaha KDN, Dato’ Jamil Rakon, Pengarah JLT merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato’ Sri Rosli Ab Rahman dan barisan kepimpinan tertinggi KDN serta PDRM.

Image may contain: 11 people, people sitting and indoor
Sekitar Mesyuarat Bulanan Menteri Dalam Negeri (MDN) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bilangan 1/2020.
 

Image may contain: 3 people, suit and indoor
Menteri Dalam Negeri (MDN), Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin menandatangani buku melawat.
 

Image may contain: 9 people, people standing and indoor
Sekitar ketibaan Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador bersama timbalannya, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor.
 

Image may contain: 2 people, outdoor
Sekitar ketibaan Menteri Dalam Negeri (MDN), Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin.

Image may contain: 4 people, people standing and outdoor
Sekitar ketibaan Menteri Dalam Negeri (MDN), Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin.
 
Image may contain: 22 people
Bergambar kenangan.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS