Majlis ringkas pelancaran penggunaan dron telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi Buang TUDM di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, di sini, petang tadi.
Menurut Ketua Unit Dron PDRM, Superintendan Rasha Azaldin Shafii, sebanyak dua unit dron model Mavic 2 Enterprise dual dan zoom kepunyaan PGU digunakan dalam operasi bersepadu bersama ATM kali ini.
"Kedua-dua dron ini berupaya memberikan siren amaran dan nasihat kepada masyarakat untuk mematuhi PKP dalam tiga jenis bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil," ujar beliau ketika ditemui selepas majlis pelancaran tadi.
Manakala ATM pula turut menggunakan model yang sama dengan penambahan sebuah lagi model terkini iaitu DJI Matrice 210.
Hadir sama, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Seri Haji Mazlan Lazim bersama timbalannya, DCP Dato' Yong Lei Choo dan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (KPPP) ATM, Leftenan Jeneral Dato' Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan.
Juga, Ketua Komunikasi Korporat PDRM, SAC Dato' Asmawati Ahmad, Timbalan KPPP ATM, Mejar Jeneral Datuk Ahmad Norihan Abd Jalal, Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan ATM, Mejar Jeneral Tuan Hashim Aman Shah dan Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi Buang TUDM dalam majlis ringkas pelancaran penggunaan dron bagi penugasan Op-Covid-19 di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, sebentar tadi.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi Buang TUDM bergambar bersama dron-dron yang akan digunakan dalam penugasan Op-Covid-19.
Ketua Unit Dron PDRM, Superintendan Rasha Azaldin Shafii memantau penggunaan dron oleh operator dron iaitu Inspektor Mohamad Ahya Abdul Hadi.
Sekitar majlis pelancaran penggunaan dron yang berlangsung di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, di sini, petang tadi.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi Buang TUDM dalam majlis ringkas pelancaran penggunaan dron bagi penugasan Op-Covid-19 di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, sebentar tadi.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi Buang TUDM dalam majlis ringkas pelancaran penggunaan dron bagi penugasan Op-Covid-19 di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, sebentar tadi.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi Buang TUDM mendengar taklimat ringkas tentang pengoperasian dron dalam Op-Covid-19.