#COVID-19
[POSTING PILIHAN] HARI POLIS KE-213: UCAPAN PAT BUAT WARGA PDRM
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan buat Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi Buang TUDM atas ucapan beliau sempena Peringatan Hari Polis yang disambut pada hari ini, 25 Mac 2020.
Ucapan itu disampaikan ketika beliau melawat para petugas barisan hadapan PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia di lokasi sekatan jalan raya sepanjang Jalan Ampang, Kuala Lumpur, pagi tadi.
Beliau turut meninjau penugasan pasukan dron dalam memastikan masyarakat mematuhi penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan secara optimum.
Sumber: Markas Angkatan Tentera Malaysia