Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

#COVID -19 POSTING PILIHAN: LALUAN KHAS DIBUKA KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN DAN KENDERAAN PERDAGANGAN KEPERLUAN ASAS

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memasuki hari yang ke - 11 pada hari ini.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia telah melaksanakan inisiatif untuk memberi laluan khas atau "fast lane" kepada petugas barisan hadapan seperti kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) serta lain-lain agensi yang terlibat termasuklah kenderaan perdagangan yang membawa barangan keperluan asas dan makanan.

Laluan khas ini dibuka di setiap lokasi Sekatan Jalan raya (SJR) di semua lebuh raya bagi memastikan para petugas barisan hadapan dan pembawa barangan keperluan asas ini dapat segera sampai ke destinasi yang dituju tanpa terperangkap dalam kesesakan ketika pemeriksaan dibuat.

Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM
https://www.facebook.com/JSPTPDRM/posts/1496132547215781?__tn__=H-R

#StayHome #BeSafe HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS