Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga bekas Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP (Bersara) Dato’ Mohd Fuad Abd Latif yang telah kembali ke rahmatullah di Hospital Sungai Buloh, Selangor, awal pagi tadi.
Allahyarham Dato’ Mohd Fuad telah berkhidmat selama 39 tahun di dalam Pasukan iaitu dari tahun 1978 sehingga beliau menjalani persaraan wajib pada 7 Jun 2017.