Kuala Lumpur, 23 Mei 2020 – Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor hadir meninjau penugasan sekatan jalan raya (SJR) yang diadakan di Plaza Tol Jalan Duta, di sini, pagi tadi.
Lawatan beliau juga bertujuan menyantuni 31 petugas barisan hadapan yang diketuai oleh ASP Nasyrul Abdul Razak bersama pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Tinjuan di plaza tol tersebut mendapati,jumlah kenderaan semakin meningkat berikutan orang ramai keluar menyediakan keperluan Hari Raya Aidilfitri, yang bakal disambut oleh seluruh umat Islam di negara ini esok.
Walau bagaimanapun, terdapat kenderaan yang diarahkan untuk berpatah balik ke lokasi asal selepas didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu tidak memiliki kebenaran rentas negeri oleh pihak polis.
Dalam sidang media yang diadakan selepas sesi lawatan tersebut, Dato’ Pahlawan Mazlan mengingatkan sekali lagi kepada orang ramai agar sentiasa mematuhi PKPB dan jangan sesekali cuba melakukan pergerakan secara “curi-curi”.
Jelasnya, jika berdegil, tindakan kompaun akan dikenakan.
Dato’ Pahlawan Mazlan turut menyampaikan sumbangan kepada para petugas di lokasi sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang menjalankan penugasab walaupun ketika hari perayaan.
Turut hadir sama dalam sesi lawatan tadi ialah Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Seri Mazlan Lazim, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, DCP Dato’ Azisman Alias, para pegawai kanan PDRM dan pihak media.
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor hadir meninjau penugasan sekatan jalan raya (SJR) yang diadakan di Plaza Tol Jalan Duta.
Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor hadir meninjau penugasan sekatan jalan raya (SJR) yang diadakan di Plaza Tol Jalan Duta.
Sekitar penugasan sekatan jalan raya (SJR) oleh anggota Trafik PDRM di Plaza Tol Jalan Duta.
Bergambar kenangan.
Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor hadir meninjau penugasan sekatan jalan raya (SJR) yang diadakan di Plaza Tol Jalan Duta.