Penggunaan Tidak Wajar Jata Persekutuan.
Kerajaan Malaysia memandang serius berhubung penyalahgunaan dan pengubahsuaian Jata Persekutuan oleh mana-mana pihak tanpa kebenaran dan ia menjadi kesalahan di bawah Akta 414 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963.
Seksyen 3 (1) Akta 414 menyatakan “Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa, tiada seorang pun boleh, kecuali dengan kebenaran bertulis Menteri”.
.
.
JABATAN PERDANA MENTERI
PUTRAJAYA
30 JUN 2020
Sumber: Jabatan Perdana Menteri