Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PROFESOR KRIMINOLOGI USM DAN KETUA-KETUA PERWAKILAN MALAYSIA

 

Kuala Lumpur, 27 Julai 2020 – Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berbesar hati menerima dua kunjungan hormat hari ini di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sebentar tadi.

Kunjungan berkenaan dimulai dengan pertemuan bersama Profesor Kriminologi, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dato’ Dr. Sundramoorthy Pathmanathan bagi membincangkan penulisan kajian menyeluruh tentang salah laku jenayah pada sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dikuatkuasakan.

Sejurus selesai, Tan Sri Abdul Hamid kemudiannya menerima kunjungan daripada Ketua-ketua Perwakilan Malaysia yang diketuai oleh bakal Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Bangladesh, Cik Haznah Md Hashim.

Pertemuan selama sejam itu pula antara lainnya membincangkan berkenaan isu kemasukan warganegara Bangladesh ke Malaysia dan perkongsian maklumat serta aspek-aspek lain dari segi kepentingan negara sebagai persediaan untuk pihak Pesuruhjaya Tinggi ke luar negara.

Hadir sama dalam kedua-dua kunjungan hormat tersebut ialah Pengarah Cawangan Khas, CP Dato’ Mohamed Farid Abu Hassan, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato’ Huzir Mohamed, Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), CP Dato’ Azman Yusof, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Ramli Mohamed Yoosuf dan Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) JSJ, DCP Tuan Mior Faridalathrash Wahid.


Image may contain: 7 people, people sitting, people standing and indoor
Profesor Kriminologi, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dato’ Dr. Sundramoorthy Pathmanathan bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Image may contain: 7 people, people standing
Ketua-ketua Perwakilan Malaysia bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Image may contain: 2 people, people sitting, table and indoor, text that says 'PDRM $'
Sekitar kunjungan hormat Profesor Kriminologi, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dato’ Dr. Sundramoorthy Pathmanathan ke atas Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Image may contain: 2 people, people sitting, table and indoor
Sekitar kunjungan hormat Ketua-ketua Perwakilan Malaysia ke atas Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Image may contain: 3 people, people sitting, living room, table and indoor
Sekitar kunjungan hormat Profesor Kriminologi, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dato’ Dr. Sundramoorthy Pathmanathan ke atas Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS