Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

AL-FATIHAH: BEKAS ANGGOTA POLIS WANITA TERAWAL PDRM MENINGGAL DUNIA

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) melahirkan rasa dukacita dan takziah kepada keluarga bekas anggota polis wanita terawal PDRM, Allahyarhamah Koperal (Bersara) Zainab Abdullah yang telah kembali ke rahmatullah akibat sakit tua di kediaman anaknya di Jalan Bangau 2, Taman Minamah, Nibong Tebal, Pulau Pinang semalam.

Allahyarhamah merupakan antara individu yang pernah mencatat sejarah sebagai salah seorang daripada 54 anggota wanita pertama diterima menyertai Pasukan, 64 tahun lalu.

Semoga roh Allahyarhamah Koperal Bersara RF129 Zainab Abdullah dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Al-Fatihah.

Image may contain: ‎1 person, ‎text that says '‎بوال ال اليه AL-FATIHAH SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA Koperal (B) Zainab Abdullah Ikhlas daripada: IG Tan Sri Dato Seri Abdul Hamid Bador Bador & Seluruh Warga Polis Diraja Malaysia f PolisDiraja Malaysia pdrmsia official YouTube PDRMsia PDRMsia‎'‎‎
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS