Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

ARTIKEL PILIHAN: TOLERANSI KUNCI KEAMANAN, KEDAULATAN NEGARA

Kuala Lumpur, 26 Ogos 2020 - Menginjak 63 tahun kemerdekaan, rakyat Malaysia perlu terus mengamalkan sikap toleransi antara satu sama lain kerana ia merupakan kunci utama dalam memastikan keamanan serta kedaulatan negara terus berkekalan.

Malah, peristiwa darurat serta ancaman komunis perlu dijadikan pedoman serta iktibar oleh setiap lapisan masyarakat terutama anggota polis kerana ia adalah bukti jelas yang keamanan negara sekarang tidak diperoleh dengan mudah.

Menegaskan perkara itu, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato Seri Abdul Hamid Bador berkata dalam usaha menyelamatkan negara daripada ancaman terutamanya komunis, ramai anggota terkorban dan terpaksa hidup dalam keadaan cacat seumur hidup.

“Selepas darurat pertama 1948 hingga 1960, saban tahun pihak polis terus memperkasakan diri untuk mendepani cabaran kebangkitan komunis tanpa bantuan kuasa asing sehinggalah kemenangan muktamad dicapai pada tahun 1989.

“Kini, selepas kita berjaya mengharungi semua itu, rakyat dilihat seolah-olah leka dan melupakan sejarah. Percakaran sesama sendiri berlaku atas isu-isu remeh hanya akan menimbulkan keraguan tentang keupayaan negara untuk terus maju ke hadapan,” katanya kepada Bernama sempena sambutan Hari Kebangsaan 2020.

Dalam pada itu, beliau yang menerajui Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 4 Mei 2019 turut meluahkan rasa terkilan apabila terdapat anggotanya yang terlibat rasuah, salah guna kuasa dan dadah yang diibaratkan bagai api dalam sekam.

Bacaan lanjut seperti pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1873644

Sumber: Bernama

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS