Shah Alam, 28 Ogos 2020 - Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani membuat sembah mengadap ke atas Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj di Istana Bukit Kayangan, semalam.
Kehadiran Dato' Sri Acryl Sani di kediaman rasmi diraja tersebut adalah bagi menyembah taklimat berkaitan hal-hal keselamatan negara dan ketenteraman awam kepada baginda.
Turut hadir, Ketua Polis Selangor, CP Dato' Noor Azam Jamaludin.
Sumber: Selangor Royal Office



