#PKPP #COVID-19
Kuala Lumpur, 31 Ogos 2020 - "Mendakap bumbung bermandi hujan,
Dibakar terik panas mentari,
Tak kira siang ataupun malam,
Ku taburkan bakti..."
Itu bait-bait lirik lagu "Ku Ibarat Lilin" ciptaan Encik Mustaffa Yusof yang pernah menyemarakkan semangat pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) semasa sambutan Hari Polis, Mac lalu setelah 213 tahun mencurahkan khidmat bakti kepada bumi tercinta kita, Malaysia.
Hakikatnya, biarpun pelbagai cabaran dan dugaan yang mendatang, namun semangat warga Pasukan sebagai petugas barisan hadapan nombor satu dalam negara untuk mengekalkan kedaulatan serta menjaga keselamatan tidak pernah sesekali luntur.
Sesungguhnya, seluruh warga PDRM amat bersyukur kerana diberi ruang dan kepercayaan oleh rakyat jelata untuk terus melindungi negara yang telah mencapai usia kemerdekaan ke-63, pada tahun ini.
Terlalu banyak kenikmatan yang diperolehi dalam penganjakan usia negara itu, sama ada dari sudut pemodenan tugas mahupun pembangunan modal insan kepada lebih 130,000 pegawai dan anggota yang luar biasa dalam Pasukan keramat ini.
Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa PDRM kini berbangga dengan para pegawai dan anggotanya yang berkelulusan profesional serta teknokrat dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara.
Kami memiliki barisan 'peguam' di Bahagian Perundangan, para juruterbang yang diiktiraf dunia dalam Pasukan Gerakan Udara, olahraga dan olahragawati yang sering mengharumkan nama negara di persada sukan antarabangsa serta penghafaz Al-Quran mahupun Qadi bertauliah. Semua itu membuktikan bahawa PDRM sememangnya telah siap siaga dari segi intelektual dan kepakaran dalam menuju ke arah kepolisan moden yang bertaraf dunia!
"Di bahu kita (warga PDRM) terpikul amanah yang amat besar dalam memastikan keharmonian masyarakat dan kedaulatan negara kekal terjamin" - antara petikan Perutusan Tahun Baharu Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador yang mahukan tahun 2020 ini membawa semangat dan azam baharu untuk PDRM mempertingkatkan lagi kecemerlangan jati diri dan juga Pasukan demi kepentingan masyarakat dan negara.
Demimu Malaysia, seluruh warga PDRM tidak akan membiarkan sama sekali para petualang yang cuba 'mencabut' keamanan dan keselamatan dari bumi negara tercinta ini. Itulah sumpah keramat warga Sang Saka Biru.
Walaupun sambutan Hari Kebangsaan ke-63 bertemakan "Malaysia Prihatin" yang diadakan dalam norma baharu pada kali ini akibat penularan wabak COVID-19, namun ia tetap dirai meriah dengan penuh semangat patriotik oleh seluruh warga PDRM.
Acara sambutan yang diadakan di Dataran Pahlawan, Putrajaya berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana protokol kesihatan yang ketat oleh pihak kerajaan dan persembahan hanya dibuat secara maya.
Hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin serta Menteri Kabinet Malaysia yang menyertai sambutan secara tertutup berkenaan.
Dalam titahnya, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menekankan bahawa roh dan semangat Rukun Negara menjadi tiang seri perpaduan rakyat berbilang bangsa, agama dan kaum harus dihayati serta diamalkan dalam setiap aspek kehidupan.
“Rukun Negara menuntut perpaduan rakyat dibentuk menerusi budaya sopan, santun, hormat dan disulami pelbagai nilai murni.
"Pada hemat beta, prinsip-prinsip dan teras Rukun Negara bersifat sejagat, merentasi nilai murni semua bangsa dan agama, yang berupaya menyuluh laluan rakyat Malaysia dalam amalan hidup sebagai sebuah negara merdeka.
"Oleh yang demikian, prinsip itu harus dijadikan panduan dan amalan oleh semua pihak, termasuk pemimpin negara, kerajaan serta rakyat secara keseluruhannya," titah baginda, hari ini.
Turut hadir, Tan Sri Abdul Hamid dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi Buang TUDM dan beberapa pemimpin utama agensi kerajaan.
PDRM yang terlibat secara langsung dalam acara sambutan secara maya yang bermula jam 7.30 pagi tadi telah memulakan latihan dan rakaman bersama kru Radio Televisyen Malaysia bermula 3 hingga 6 Ogos lalu di Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.
Seramai 911 pegawai dan anggota dari pelbagai jabatan terlibat dalam sesi rakaman berkenaan termasuk 30 ekor anjing dari Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Siasatan Jenayah dan 15 ekor kuda dari Unit Berkuda, Pasukan Simpanan Persekutuan.
Manakala seramai 96 pegawai dan anggota Pancaragam Pusat PDRM pula berganding bahu bersama Pancaragam ATM menjayakan Konsert Kita Merdeka yang diadakan di Wisma Angkasapuri, semalam.
Secara tradisinya pula, jurucakap rasmi Pasukan iaitu Ketua Komunikasi Korporat PDRM, SAC Dato' Asmawati Ahmad turut menjadi komentator dalam sambutan tahun ini yang disiarkan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia pada hari ini.
Bagi pihak seluruh warga PDRM, kami “team” Media Sosial Rasmi PDRM ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan ke-63 kepada seluruh rakyat Malaysia. Dirgahayu Malaysia!
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
#MalaysiaPrihatin
#HariKebangsaanKe63
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#31082020
Sekitar perarakan dan lintas hormat Sambutan Hari Kebangsaan ke-63 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.

Ketibaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Dataran Pahlawan, Putrajaya.

Ketibaan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador di Dataran Pahlawan, Putrajaya.
Sekitar Sambutan Hari Kebangsaan ke-63 di Dataran Pahlawan, Putrajaya.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, SAC Dato' Asmawati Ahmad sebagai komentator dalam lintas langsung Selamat Pagi Malaysia (SPM) di TV1, pagi tadi.

Sekitar Sambutan Hari Kebangsaan ke-63 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.

Bergambar kenangan.