Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

POSTING PILIHAN: WARGANET KONGSI PENGALAMAN ‘MANIS’ DIKEJAR ANGGOTA TRAFIK LAGENDA

Seorang warganet, Encik Bedol Dol Hadi berkongsi kisah ‘manis’ beliau dikejar seorang anggota trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikenali dengan nama Singh dalam akaun Facebooknya.

Menurut beliau, anggota polis tersebut yang terkenal di daerah Seremban, Negeri Sembilan itu akan mengejar sesiapa yang didapati melanggar peraturan jalan raya hingga ke ‘lubang cacing’.

"Siapa yang pernah kena kejar je tahu macam mana perasaan dia. Ikut railway, dia follow. Layan corner, dia follow. Kau cilok-cilok, dia follow. Dan boleh dikatakan semua part boleh," katanya.

Anggota yang dimaksudkan adalah Mendiang Koperal Jesa Singh Sardara Singh yang pernah berkhidmat sebagai Koperal Penguatkuasa Trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Mendiang Koperal Jesa Singh telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 15 Oktober 2011 selepas mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.

Encik Bedol Dol Hadi turut mengucapkan terima kasih kepada Mendiang kerana telah menjaga keselamatan pengguna jalan raya terutamanya warga Seremban, suatu ketika dahulu.

“Rest in peace Mendiang Singh (Koperal Jesa Singh). Tanpamu tiada la lagi kenangan bersama...,” tulisnya.

Seluruh warga PDRM mengucapkan salam takziah buat ahli keluarga Mendiang Koperal Jesa Singh Sardara Singh. Semoga jasa dan bakti yang pernah dicurahkan oleh beliau akan dikenang buat selama-lamanya.

Sumber: FB Bedol Dol Hadi

Image may contain: one or more people, motorcycle and outdoor
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS