Kuala Lumpur, 21 Oktober 2020 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berbesar hati melawat Ibu Pejabat Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah di Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, hari ini.
Kehadiran Tan Sri Abdul Hamid di stesen televisyen itu telah disambut mesra oleh Ketua Hal Ehwal Korporat AlHijrah, Encik Saifulizan Sidek. Beliau turut dibawa melawat kawasan sekitar, selain beramah mesra dengan warga kerja AlHijrah.
Dalam kunjungan itu, Tan Sri Abdul Hamid turut menzahirkan penghargaan buat TV AlHijrah yang selama ini sentiasa membantu dan memberi sokongan kepada PDRM dalam menghebahkan pelbagai informasi penting demi keselamatan awam.