Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

POSTING PILIHAN: DUA ANGGOTA POLIS TANGKAP TOKAN DADAH TERIMA SURAT PENGHARGAAN

Alor Setar, 28 Oktober 2020 - Konstabel Muhammad Syazzuan Shahidan bersama seorang anggota Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (SPDRM), Mohd Amirul Ashraf A. Halim dari Balai Polis Kupang, Baling menerima Surat Penghargaan Ketua Polis Kedah, CP Dato’ Hasanuddin Hassan atas kejayaan menangkap seorang tokan dadah ketika membuat tugas ronda cegah jenayah pada 26 Oktober lalu.

Surat penghargaan itu disampaikan sendiri oleh CP Dato’ Hasanuddin dalam satu majlis ringkas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku tempoh hari, kedua-dua mereka turut merampas sebuah beg yang mengandungi 15 paket lutsinar dan satu penyedut minuman berisi dadah jenis Heroin seberat 60.25 gram.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Konstabel Muhammad Syazzuan dan Mohd Amirul Ashraf atas keberanian serta kecekapan dalam memerangi jenayah. Semoga penghargaan yang diterima akan menaikkan lagi semangat kalian untuk terus berjasa kepada Pasukan di masa akan datang.

Sumber: Polis Kedah

Image may contain: 2 people
Image may contain: one or more people
Image may contain: one or more people

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS