Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

#PKPP #COVID-19 #OP_BENTENG BAT MALAYSIA SUMBANG 12 DRON BERNILAI RM467 RIBU KAWAL SEMPADAN NEGARA


Kuala Lumpur, 27 November 2020 – Syarikat British American Tobacco (BAT) Malaysia berbesar hati menyumbangkan sebanyak 12 buah dron sebagai aset tambahan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melakukan tugas pemantauan keselamatan di sempadan negara. 

Pengarah pengurusannya, Mr. Jonathan Darlow Reed berkata, ia sebahagian tanggungjawab sosial korporat dalam membantu pihak penguat kuasa menjaga keselamatan negara, sekaligus mengekang penularan COVID-19 daripada aktiviti penyeludupan dan pencerobohan oleh pendatang asing tanpa izin (PATI).

Penyerahan dron yang berlangsung dalam satu majlis ringkas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman petang tadi, disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani.

Dalam ucapannya, Dato’ Sri Acryl Sani menzahirkan penghargaan atas keprihatinan BAT Malaysia menyumbang aset dron berteknologi tinggi yang bernilai RM467,000. 

“Dengan ciri-ciri hebat yang terdapat di dalam dron tersebut, PDRM mampu untuk meningkatkan kecekapan dan mengawal sempadan negara dengan lebih berkesan.

“Semoga jalinan kerjasama antara PDRM dengan BAT Malaysia ini dapat membanteras lebih banyak aktiviti jenayah pada masa hadapan,” ujar beliau.

Turut hadir dalam majlis tadi adalah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Abd Rahim Jaafar, Timbalan Pengarah KDNKA (Pasukan Gerakan Khas), DCP Datuk Mastor Mohd Ariff, Timbalan Pengarah KDNKA (Pasukan Gerakan Am), DCP Dato' Kasuahdi Haji Ali, delegasi BAT Malaysia dan para pegawai kanan PDRM.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

DSC_2255
Mr. Jonathan Darlow Reed menyerahkan dron kepada Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani.

DSC_2235
Ucapan oleh Pengarah Pengurusan BAT Malaysia, Mr. Jonathan Darlow Reed.

DSC_2247
Ucapan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani.

DSC_2316
Sekitar majlis berlangsung.

DSC_2302
Sekitar majlis berlangsung.

DSC_2273
Sesi bergambar kenangan.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS