Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

HEBAHAN: NANTIKAN PROGRAM BAHARU "15 MINIT BERSAMA IKON PDRM"!

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan program baharu, "15 Minit Bersama Ikon PDRM" yang julung kalinya akan bersiaran secara langsung pada 31 Disember 2020 (Khamis) jam 11.00 pagi melalui Facebook Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police).

Program temu bual ini bertujuan mengetengahkan warga Pasukan yang terdiri daripada pegawai kanan, pegawai rendah dan pegawai awam untuk berkongsi pengalaman, nasihat, buah fikiran atau apa sahaja isu-isu menarik untuk tatapan rakan-rakan netizen.

Sebagai pembuka tirai kepada program ini, kami akan bersama tetamu istimewa, Ketua Komunikasi Korporat PDRM, SAC Datin Seri Dato’ Asmawati Ahmad dengan kupasan tajuk "Persepsi Masyarakat Terhadap PDRM".

Jika anda ingin mengemukakan sebarang soalan yang berkaitan dengan tajuk perbincangan, sila nyatakan di ruangan komen. Soalan menarik akan dipilih dan disiarkan semasa rancangan ini berlangsung.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#30122020

Image may contain: 1 person, text that says '15 IKON BERSAMA MINIT PDRM f LIVE IINET SACDATIN SERI DATO' ASMAWATI AHMAD KETUA KOMUNIKASI KORPORAT PDRM Polis Diraja Malaysia pdrmsia_official PDRMsia PDRMsia'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS