Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

KPN DIANUGERAHKAN BINTANG BHAYANGKARA UTAMA DARIPADA PRESIDEN REPUBLIK INDONESIA


Kuala Lumpur, 30 Disember 2020 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador telah dianugerahkan Bintang Bhayangkara Utama daripada Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo yang disampaikan oleh Duta Besar Luar Biasa dan Berkuasa Penuh Republik Indonesia di Malaysia, Bapak Hermono dalam satu istiadat yang dijalankan secara sidang video di Dewan Theatrette, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Bintang Bhayangkara Utama merupakan anugerah tertinggi Kepolisian Negara Republik Indonesia (KAPOLRI) dalam mengiktiraf individu yang mempamerkan keberanian, kebijaksanaan dan ketabahan luar biasa serta sumbangan dalam kerjasama memerangi jenayah serantau dan antarabangsa.

"Secara peribadi, saya memiliki satu keyakinan yang sangat tinggi bahawa Tan Sri Abdul Hamid memiliki komitmen yang sangat tinggi dan kemahuan yang sangat besar untuk terus menjalin kerjasama erat di antara Polis Diraja Malaysia dengan Kepolisian Republik Negara Indonesia (POLRI)," ujar Bapak Hermono ketika berucap secara ringkas di dalam istiadat tersebut.

Sebagai rekod, Tan Sri Abdul Hamid juga pernah dianugerahkan Bintang Bhayangkara Nararya oleh Kerajaan Indonesia pada tahun 2015 sewaktu beliau menjawat jawatan Timbalan Pengarah Cawangan Khas.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, wakil-wakil Pengarah Polis Diraja Malaysia (PDRM), warga PDRM dan POLRI di Kuala Lumpur serta rakan media.

Image may contain: 1 person, on stage
Duta Besar Luar Biasa dan Berkuasa Penuh Republik Indonesia untuk Kerajaan Malaysia, Yang Mulia Bapak Hermono menyempurnakan Majlis Penganugerahan Tanda Kehormatan Bintang Bhayangkara Utama kepada Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

Image may contain: one or more people, people standing and closeup, text that says 'MAN DRM'
Duta Besar Luar Biasa dan Berkuasa Penuh Republik Indonesia untuk Kerajaan Malaysia, Yang Mulia Bapak Hermono menyempurnakan Majlis Penganugerahan Tanda Kehormatan Bintang Bhayangkara Utama kepada Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

Image may contain: one or more people, people on stage and indoor
Ucapan dari Kepala Kepolisian Negara Republik Indonesia (KAPOLRI), Yang Terhormat Jenderal Polisi Drs. Idham Azis secara sidang video.

Image may contain: 2 people, people standing, people on stage and indoor
Bergambar kenangan.

Image may contain: 3 people, people standing, text that says 'IBU PEJABAT POLIS POL DIRAJA MALAYSIA BUKIT AMAN TEGAS HEMAH BUKIT AMAN'
Duta Besar Luar Biasa dan Berkuasa Penuh Republik Indonesia untuk Kerajaan Malaysia, Yang Mulia Bapak Hermono menandatangani buku pelawat.

Image may contain: 2 people, people standing
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan cenderahati kepada Duta Besar Luar Biasa dan Berkuasa Penuh Republik Indonesia untuk Kerajaan Malaysia, Yang Mulia Bapak Hermono.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS