Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

POSTING PILIHAN: JSJK HULUR SUMBANGAN BANTU MANGSA MUSIM SEJUK DI SYRIA

Kuala Lumpur, 30 Disember 2020 – Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman hari ini telah menyerahkan sumbangan buat pelarian Syria yang terjejas teruk akibat dilanda musim sejuk di negara bergolak berkenaan.

Sumbangan tersebut telah disampaikan Ketua Penolong Pengarah Perancangan Strategik JSJK, ACP Puan Lai Lee Ching yang mewakili pengarahnya, CP Dato' Zainuddin Yaacob kepada wakil Humanitarian Care Malaysia (MyCare), Encik Muhd Sazlie Ibrahim di Ibu Pejabat JSJK yang bertempat di Menara KPJ, di sini, petang tadi.

Pihak JSJK berharap agar sumbangan yang disampaikan dapat membantu meringankan sedikit sebanyak penderitaan yang dialami oleh pelarian di negara tersebut.

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM

Image may contain: one or more people and people standing

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS