Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

[POSTING PILIHAN] OP KHAZANAH: POLIS RAMPAS BANGKAI HARIMAU, GADING GAJAH BERNILAI RM500,000

Kota Bharu, 30 Disember 2020 - Polis merampas bangkai dua harimau spesis belang dan kumbang serta 10 gading gajah dianggarkan bernilai RM500,000 yang cuba dijual untuk pasaran gelap.

Ketua Polis Kelantan, DCP Dato' Shafien Mamat berkata, rampasan berkenaan dilakukan dalam Op Khazanah di sebuah stor di Kampung Bukit Tok Che Dol, Tanah Merah, Kelantan pada 7.40 pagi tadi selepas pemerhatian dibuat pegawai serta anggota dari Cawangan Operasi Khas (D8) dan Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kelantan.

Katanya, dalam serbuan yang dilakukan itu, seorang lelaki berusia 25 tahun yang mendalangi sindiket pemburuan haram sejak lebih setahun lalu berjaya ditangkap.

"Selepas menunggu selama empat jam ketika pemeriksaan dilakukan sepasukan anggota polis yang memulakan tinjauan seawal 3 pagi tadi, didapati sebuah kereta Toyota Hilux bernombor pendaftaran Thailand menuju ke sebuah stor.

"Suspek kemudian membuka pintu stor dan terus masuk ke dalam dan anggota yang membuat pemeriksaan menjumpai bangkai harimau belang serta harimau kumbang yang tersimpan di dalam peti sejuk beku tanpa organ dan juga kemaluan," katanya dalam sidang media di IPK Kelantan, di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan Tuan Adnan Ismail.

Bacaan lanjut seperti dipautan berikut, https://www.hmetro.com.my/…/polis-rampas-bangkai-harimau-ga…

Sumber: Polis Kontinjen Kelantan dan Harian Metro

Image may contain: one or more people

Image may contain: 1 person, indoor

Image may contain: 3 people

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS