Berita

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19 ARTIKEL PILIHAN: JAWATANKUASA TEKNIKAL PENGURUSAN DARURAT MULAKAN LAWATAN KE NEGERI

Pasir Mas, 31 Januari 2021 - Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat yang ditubuhkan pada 16 Jan lepas memulakan lawatan ke negeri-negeri hari ini dengan Kelantan menjadi lokasi pertama.

Pengerusi bersama jawatankuasa itu Dato' Takiyuddin Hassan berkata, hari ini mereka meninjau sempadan Malaysia-Thailand di sini bagi melihat keperluan serta langkah yang perlu dilaksanakan dalam mengekang penularan COVID-19 dari luar negara.

Hasil lawatan hari ini akan dibentangkan pada pertemuan dengan pimpinan kerajaan negeri esok, katanya kepada pemberita selepas tinjauan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) dekat Rantau Panjang di sini.

Terdahulu, Dato' Takiyuddin yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) mengadakan lawatan ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, di Tumpat.

Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat ditubuhkan bagi memastikan pengurusan darurat di seluruh negara berjalan lancar dan ia dipengerusikan secara bersama oleh Dato' Takiyuddin dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Jawatankuasa itu turut dianggotai lapan ahli tetap iaitu Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Peguam Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Kesihatan, Ketua Pengarah Keselamatan Negara dan Ketua Kluster.

Penubuhan jawatankuasa itu merupakan susulan perisytiharan darurat yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bermula 12 Januari lalu hingga Ogos tahun ini sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia.

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS