Kuala Lumpur, 31 Januari 2021 - Susulan bunyi letupan dan gegaran yang dirasai penduduk di beberapa tempat di Sabah dan Labuan pagi tadi, polis menjelaskan tiada sebarang kegiatan meletupkan bom yang dilakukan pihak berkuasa di kawasan terbabit hari ini.
Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani ketika dihubungi Bernama.
“Saya telah semak dengan Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Dato’ Hazani Ghazali dan tiada sebarang letupan dibuat. Kemungkinan letupan yang didengari itu berpunca daripada aktiviti melibatkan petroleum. Boleh semak dengan Petronas”, katanya.
Beliau berkata, setakat ini polis tidak menerima laporan daripada penduduk berhubung insiden itu dan pihaknya sedang melakukan siasatan bagi mengesan punca letupan serta gegaran tersebut.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1927239
Sumber: BERNAMA