Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

[RAKAMAN] SIDANG MEDIA PENGARAH JSJN: POLIS RAMPAS HAMPIR 70 KG DADAH BERNILAI RM3.67 JUTA

#WarAgainstDrugs

Kulim, 31 Januari 2021 - Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM3.67 juta selepas menahan tiga lelaki dan seorang wanita dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Kedah dan Pulau Pinang pada 27 Januari lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, CP Dato’ Razarudin Husain berkata, kesemua suspek berumur 32 hingga 33 tahun itu ditahan dalam satu operasi khas yang dilancarkan JSJN Bukit Aman dan JSJN Kedah.
"Dalam serbuan secara serentak selama satu jam yang bermula 10.45 pagi itu, kita telah berjaya merampas dadah jenis Ekstasi seberat 11.18 kilogram (kg), Ketamin 17.8kg, 20.22kg Erimin 5, minuman jus 20.15kg dan dadah jenis 'Mushroom' seberat 410 gram.
"Polis turut merampas pelbagai aset sindiket yang bernilai RM488,400 antaranya tujuh kereta, sebuah motosikal berkuasa tinggi dan wang tunai berjumlah RM4,000”, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim di sini, hari ini.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1927204

https://www.facebook.com/jsjnpdrm/videos/3964215156930604

SIDANG MEDIA KEJAYAAN JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK
[Live] : Kini sedang berlansungnya Sidang Media kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik oleh YDH Dato' Razarudin bin Husain, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik bertempat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, Kedah

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS