Shah Alam, 24 Februari 2021 - Pengasas aplikasi Sugarbook didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menyiarkan kenyataan bertajuk 'Top 10 Sugarbaby University In Malaysia' yang mengakibatkan ketakutan atau kegentaran kepada orang awam.
Bagi kesalahan itu, Chan Eu Boon, 34 didakwa mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Aliff Asraf Anuar Sharuddin menawarkan ikat jamin RM100,000 kerana ia kesalahan serius susulan keterangan dimuat naik tertuduh boleh menyebabkan ramai rakyat terpengaruh dengan aplikasi itu.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/…/pengasas-sugarbook-didakwa-seb…
Source: Berita Harian Online
